Netcom perkenalkan Kamera IP model PICI008WN

Netcom perkenalkan Kamera IP model PICI008WN

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Netcom Computer House hari ini memperkenalkan beberapa lagi produk terbaru Prolink edarannya termasuk Kamera IP model PIC1008WN bagi kegunaan luar bangunan di kesemua cawangan di seluruh negara.

PIC1008WN merupakan kamera luaran yang mudah dipasang dan merupakan kamera yang kalis cuaca yang datangkan bersama luaran IP66 yang juga bersifat kalis debu dan sangat sesuai dipasang bagi tujuan pemantauan luaran bangunan yang berkualiti.

Kamera IP ini memanfaatkan kuasa melalui Ethernet (PoE) dan ia mengehendaki jaringan sambungan untuk berfungsi sebaiknya selain boleh pula dimanfaatkan secara jarak jauh melalui aplikasi telefon pintar “mLiveView Pro” and Android “mLiveView”. PIC1008WN ini dijual pada harga $279 dan disertakan bersama perisian komputer profesional yang membolehkan kawalan ke atas 36 kamera pada satu masa dan rakaman ke komputer peribadi, simpanan jaringan (NAS), MicroSD sehingga ke 64GB dan juga ke telefon pintar.

Salah seorang kakitangan Netcom Computer House menunjukkan barisan kamera IP yang diedarkan syarikat berkenaan.
Salah seorang kakitangan Netcom Computer House menunjukkan barisan kamera IP yang diedarkan syarikat berkenaan.

Pengguna juga boleh menetapkan tinjauan kepada pergerakan dan bunyi melalui alat pengesan yang akan memberikan pemberitahuan ke telefon bimbit jika ia mengesan sebarang pergerakan yang mencurigakan.

Tiga lagi jenis lain bagi produk Prolink ini antaranya PIC2001WE, PIC1007WP, PIC1006WN dan PIC1003WP dan harga promosi ini akan berlangsung bermula 29 Ogos 2015 sehingga 6 September 2015 dan setiap pembelian pelanggan akan menerima MicroSD Verbatim 32 GB bersama adaptornya.

ARTIKEL YANG SAMA