Netcom perluas cawangan perniagaan

Netcom perluas cawangan perniagaan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Lyna Mohd

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Netcom telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka Jabatan IT keduanya di Hua Ho Manggis yang sekali gus mengukuhkan lagi hubungan rakan kongsi perniagaan dengan Hua.

Lokasi baru ini akan memberi kemudahan kepada pelanggan yang tinggal di sekitar kawasan Muara untuk membeli barangan IT di Hua Ho Manggis.

Jabatan IT Hua Ho Manggis terletak di Tingkat 2 itu akan diuruskan oleh Netcom di mana produk-produk daripada pelbagai jenama dijual termasuk Razer, Dell, Kingston HyperX, Logitech, Prolink dan TREND-NET

Pengarah Urusan Netcom, Vincent Goh berkata kepada media, “Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan kuat daripada rakan kongsi perniagaan kami, Hua Ho.

pg10_160116_b

pg10_160116_c

Antara barangan yang ditawarkan dengan harga yang menarik.
Antara barangan yang ditawarkan dengan harga yang menarik.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan Netcom yang terus menyokong Netcom selama ini dan membantu untuk berkembang. Ya, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang, produk yang berkualiti dan harga yang kompetitif kepada orang ramai,” tambahnya.

Untuk meraikan pembukaan itu, Netcom memberikan tawaran menarik untuk produk Razer dan produk lain yang terpilih sehingga 8 Februari dengan setiap pembelian berjumlah $100 dalam satu resit, pelanggan akan diberi payung ekseklusif Dell secara percuma.

ARTIKEL YANG SAMA