Netcom tawar promosi Dell

Netcom tawar promosi Dell

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Netcom Computer House selaku pengedar rasmi bagi barangan jenama Dell telah memulakan Minggu Jenama Dell kelmarin dengan menawarkan beberapa produk terpilih Dell pada harga istimewa termasuk beberapa barangan percuma untuk dimiliki.

Dell Inspiron 11 3000 Series, sebuah komputer riba 11 inci dengan pemproses Intel Pentium N37000, Ram 4GB dan kapasiti storan 500GB adalah antara produk yang ditawarkan dalam promosi tersebut pada harga yang menarik di samping hadiah percuma dan dua tahun waranti.

Sepanjang promosi itu, bagi setiap pembelian barangan Dell dengan minimum $100 dalam satu resit, para pelanggan akan mendapat car sunshade eksklusif Dell dan baucar wang tunai Netcom, ditambah lagi jika pelanggan tersebut ahli Netcom, mereka berkelayakan untuk mendapatkan hadiah tambahan iaitu portable speaker.

Minggu Jenama Dell ini akan diadakan sehingga 31 Julai yang hanya tertumpu di cawangan Netcom Kiulap dan Netcom Kuala Belait.

Kakitangan Netcom Computer House menunjukkan tawaran promosi menarik sepanjang Minggu Jenama Dell itu.
Kakitangan Netcom Computer House menunjukkan tawaran promosi menarik sepanjang Minggu Jenama Dell itu.
Antara produk Dell yang menawarkan harga istimewa.
Antara produk Dell yang menawarkan harga istimewa.

ARTIKEL YANG SAMA