Netcom tawar promosi istimewa sempena ulang tahun

Netcom tawar promosi istimewa sempena ulang tahun

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Bersempena ulang tahun penubuhannya yang ke-20 tahun di Brunei Darussalam, Netcom Computer House menawarkan promosi istimewa dan aktiviti eksklusif bagi ahli-ahlinya di kesemua enam cawangannya di seluruh negara bermula hari ini hingga 29 November.

Menurut kenyataan Netcom, ahli-ahli yang berbelanja sekurang-kurangnya $50 layak bagi cabutan segera dan hadiah peredup kereta.

Selain itu, Dell Notebook dan Desktop ditawarkan baucar diskaun teknikal Netcom sebanyak 50 peratus dan baucar-baucar Starbucks dan ahli-ahli juga boleh membeli gajet-gajet terpilih pada harga hanya $20 dan 20 peratus diskaun bagi siri Roccat Gaming.

Produk-produk Kingston ditawarkan dengan tiga siri HyperX Cloud Headset pada harga diskaun dan hadiah-hadiah percuma, di samping termos dan payung Pixma percuma bagi pembelian pencetak-pencetak terpilih Canon.

Ahli-ahli juga berpeluang untuk menaik taraf RAM komputer riba/Desktop baru atau sedia ada mereka dengan diskaun 50 peratus bagi RAM Kingston di Pusat Teknikal Netcom (Kiulap, Tutong dan Kuala Belait) pada hari ini dan esok (28 November) sahaja.

Warga Netcom yang meraikan ulang tahun penubuhannya ke-20 dengan menawarkan promosi istimewa.
Warga Netcom yang meraikan ulang tahun penubuhannya ke-20 dengan menawarkan promosi istimewa.

Menurut kenyataan itu lagi, pada hari pertama acara, hari ini, ramai ahli-ahli telah berbaris di kesemua enam cawangan Netcom untuk membeli Verbatim 10,400mah lithium Ion Power Pack Dual pada harga hanya $15 yang habis terjual dalam masa beberapa minit terhad untuk 100 pelanggan pertama di seluruh negara.

Sementara itu, esok, 100 orang pelanggan ahli pertama di seluruh negara berpeluang membeli Verbatim 8GB Dog-Tag USB Drive (termasuk rantai) pada harga hanya $3.

Pada 29 November, 100 pelanggan ahli pertama boleh membeli Razer Nabu X Social Wearable Smartband (hitam / hijau / putih) pada harga $49.

Para pelanggan juga berpeluang memenangi Monitor LCD 24inci Dell dengan mengikuti Instagram Netcombrunei untuk menyertai pertandingan IG yang akan berakhir Ahad ini.

Bagi maklumat lanjut mengenai promosi ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.netcomwebsite.com atau Facebook dan IG Netcomm di netcombrunei.

ARTIKEL YANG SAMA