Netcom, Tech One adakan latihan percuma Microsoft

Netcom, Tech One adakan latihan percuma Microsoft

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Microsoft Office 2016 adalah versi terbaru perisian Microsoft Office yang mana Office 2016 telah dilancarkan oleh Netcom di semua kedainya di Brunei Darussalam baru-baru ini.

Netcom yang merupakan salah sebuah wakil penjualan semula (reseller) Microsoft di Brunei telah bekerjasama dengan Tech One iaitu syarikat pengedar bertauliah Microsoft di Brunei mengadakan latihan secara percuma mengenai Microsoft kepada semua pelanggan yang membeli pek runcit Office 2016.

Pusingan pertama latihan tersebut diadakan hari ini di Pusat Latihan Tech One, di KHub, Anggerek Desa di sini dan dikendalikan oleh Awang Izzuddin bin Haji Mohd Hussin yang merupakan warga Brunei pertama yang mencapai status Jurulatih Bertauliah Microsoft.

Sesi latihan Microsoft yang dijalankan.
Sesi latihan Microsoft yang dijalankan.

Pengurus Produk Netcom, Haji Mohd Hassan dalam ucapan alu-aluannya menasihatkan para peserta kursus mengenai nilai dan kepentingan menggunakan perisian tulen, malah kini semakin ramai warga Brunei memahami akan kepentingan perisian tulen.

Menurut beliau, Netcom mempunyai sekumpulan Profesional Bertauliah Microsoft yang mahir dalam memberikan sokongan teknikal yang diperlukan kepada pembeli-pembeli yang membeli perisian tulen.

Netcom kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara terletak di pusat-pusat membeli belah utama dengan cawangan utamanya terletak di Kuilap serta sebuah cawangan serba lengkap di Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA