Netflix, Amazon, Apple perlu kuota filem Eropah

Netflix, Amazon, Apple perlu kuota filem Eropah

BRUSSELS, 26  Mei – Firma-firma Amerika Syarikat seperti Netflix, Amazon dan Apple berdepan kuota untuk filem dan rancangan televisyen Eropah di bawah cadangan Kesatuan Eropah (EU) yang diumumkan pada Rabu untuk menghapuskan halangan rentas sempadan bagi pembeli-belah di Internet.

Cadangan itu adalah langkah terbaru Brussels terhadap pasaran tunggal digital, di mana Kesatuan Eropah dengan 500 juta penduduknya tidak lagi disekat daripada membeli barangan dan perkhidmatan dalam talian yang lebih murah di luar negara.

“Kami mempunyai budaya filem Eropah dan kami rasa kandungan Eropah seharusnya berada di dalam program-program berkenaan,” Pesuruhjaya EU Jerman untuk ekonomi digital Guenther Oettinger memberitahu sidang akhbar di Brussels.

Suruhanjaya Eropah, eksekutif 28 negara EU, menggesa gergasi web streaming AS seperti Netflix dan Amazon Prime untuk menumpukan 20 peratus daripada kandungan mereka untuk filem dan rancangan televisyen Eropah.

Cadangan ini juga mensasarkan Apple iTunes, yang menawarkan tayangan filem untuk dimuat turun, walaupun pegawai EU berkata Netflix dan iTunes telah menumpukan 21 peratus daripada katalog mereka untuk kandungan Eropah.

Suruhanjaya percaya bahawa “perlu ada jaminan bahagian program” dan “20 peratus adalah angka yang munasabah,” kata Oettinger.

“Kami memberikan perniagaan beberapa ruang bergerak untuk menunjukkan produk bukan Eropah,” tambah Oettinger bercakap dalam bahasa Jerman melalui penterjemah.

Kuota telah ditetapkan oleh negara ahli berbeza-beza antara 10 dan 60 peratus. Pertempuran penguasaan dengan Hollywood adalah keutamaan heavyweight EU Perancis khususnya yang telah bertahun-tahun memberikan subsidi industri perfileman negara sendiri melalui cukai khas ke atas penyiaran persendirian yang bergantung sepenuhnya kepada kandungan buatan AS.

Suruhanjaya juga mencadangkan supaya negara anggota dapat meminta perkhidmatan atas permintaan yang tersedia di negara mereka sebagai “sumbangan kewangan kepada karya-karya Eropah. – AFP