Netflix lancar streaming TV, 2 September di Jepun

Netflix lancar streaming TV, 2 September di Jepun

WASHINGTON, 5 Ogos (AFP) – Netflix akan melancarkan perkhidmatan streaming televisyen di Jepun pada 2 September, persinggahan terbaru dalam misinya untuk menjadi penjana hiburan global, katanya semalam.

Syarikat itu mengesahkan tarikh pelancaran dalam satu e-mel kepada AFP, selepas satu laporan dalam blog berita Venture Beat.

Netflix berkata pada Februari ia merancang melancarnya pada tahun ini di Jepun, ekoran pelancaran di Australia dan New Zealand pada Mac.

Dengan kira-kira 65 juta pelanggan di lebih 50 buah negara sekarang, Netflix telah menetap cita-cita untuk menembusi 200 pasaran pada akhir tahun 2016.

Netflix telah menjanjikan pemilihan rancangan televisyen dan filem Jepun pada pelancaran, di samping isi kandungan asal seperti “Marco Polo,” “Daredevil” oleh Marvel dan dokumentar “Virunga.”

Netflix merancang membuka pejabat serantau di Tokyo untuk memupuk gabungan dengan pengeluar elektronik pengguna serta pencipta filem dan rancangan televisyen.

Pada awal tahun ini, Netflix dilancarkan di Cuba, walaupun hanya peratusan kecil daripada penduduk di sana mempunyai kemudahan Internet berkelajuan tinggi.

Selain daripada melabur dalam lebih banyak bahasa dan perpustakaan rancangan yang dikhaskan kepada pelbagai pasaran, Netflix menjadikan satu keutamaan untuk mengoptimumkan perkhidmatannya ke atas alat peranti memandangkan mereka merupakan alat utama untuk memasuki Internet di pasaran membangun, menurut syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA