Netherland ‘miliki semua maklumat’ MH17

Netherland ‘miliki semua maklumat’ MH17

BUNNIK, Netherlands, 8 Mac (AFP) – Netherlands telah menerima ‘semua maklumat diperolehi dari Amerika Syarikat (AS)’ atas siasatan penembakan jatuh penerbangan Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine hampir dua tahun lalu, kata ketua penyiasat kelmarin.

Pengumuman itu muncul selepas satu pertemuan antara penyiasat dan ahli saudara mangsa yang bimbang tentang perkembangan siasatan selepas pertuduhan yang Washington tidak berkongsi semua maklumatnya.

“Berhubungan dengan perdebatan yang masih wujud tentang perkongsian maklumat dari AS: semua maklumat yang ada dan masih lagi menjadi kepentingan siasatan telah dikongsi,” kata Fred Westerbeke, ketua penyiasat dalam siasatan jenayah.

Kira-kira 200 ahli saudara mangsa menghadiri mesyuarat itu, “namun kami tidak dapat memberitahu mereka lebih banyak demi untuk tidak membahayakan hasil siasatan,” tambah Westerbeke, yang masih bekerja dengan para penyiasat dari Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Dia mengulangi semula bahawa mereka menjangkakan musim panas ini untuk memastikan lokasi sebenar tempat peluru berpandu yang menembak jatuh Boeing 777 dilepaskan dari mana dan ketepatan model yang digunakan.

Semua 298 penumpang dan kru – majoritinya dari Belanda – meninggal dunia apabila pesawat itu ditembak mati di atas timur Ukraine yang dilanda perang pada 17 Julai 2014.

Siasatan antarabangsa ke atas punca nahas, yang diselaraskan oleh Lembaga Keselamatan Belanda, pada Oktober mendapati pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara BUK buatan Rusia dari sebuah kawasan yang ditawan oleh para pemisah pro-Rusia, namun tidak memberi butiran tepat mahupun mengatakan dengan pasti siapa yang bertanggungjawab.