Neuer buru rekod

Neuer buru rekod

EVIAN, Perancis, 28 Jun (AFP) – Manuel Neuer boleh mencatatkan rekod sebagai tangan yang menyelamatkan Jerman pada aksi suku akhir Euro 2016 menentang Itali Sabtu ini ketika juara dunia mengintai untuk menambah mahkota Eropah.

Neuer mengekalkan gawang bersih buat kali kelima berturut-turut untuk Jerman dalam kemenangan 3-0 ke atas Slovakia pada pusingan 16 terakhir Ahad lalu, yang meninggalkan Jerman sebagai satu-satunya pasukan yang belum bolos dalam kejohanan itu.

Dalam sejarah 108 tahun yang dibanggakan FA Jerman (DFB), tiada penjaga gol yang telah berjaya mengekalkan gawang tanpa bolos lima kali berturut-turut untuk die Mannschaft.

Pencapaian itu termasuk kemenangan 2-0 memanaskan badan melayan Hungary dan empat perlawanan pada pusingan akhir Kejohanan Eropah. Neuer boleh memecahkan satu lagi rekod Jerman menentang Azzurri Sabtu ini.

Hanya sekali, pada Piala Dunia 1978 di Argentina, Jerman tidak bolos sebarang gol dalam empat perlawanan dalam kejohanan utama. Sepp Maier berharap bintang penjaga gol Jerman itu akan mencipta rekod baru tanpa bolos di Bordeaux.

Ketangkasan Neuer (kiri) menambah lagi kekuatan Jerman yang sudah pun cukup padu pada bahagian pertahanan. – AP
Ketangkasan Neuer (kiri) menambah lagi kekuatan Jerman yang sudah pun cukup padu pada bahagian pertahanan. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Saya berharap Manuel Neuer memecahkan rekod saya. Dia adalah penjaga gol terbaik dalam generasinya,” kata bekas penjaga gol Jerman berusia 72 tahun itu. Neuer akan memenangi kap ke-70 beliau di Bordeaux.

Neuer dalam jarak dua perlawanan daripada rekod 681 minit Jens Lehmann tanpa bolos untuk Jerman yang dicatatkan pada bulan September 2007/08, tetapi bukan untuk perlawanan berturut-turut.

Neuer sudah melalui 450 minit tanpa tewas sejak Eric Dier menjaringkan gol kemenangan 3-2 England pada minit ke-92 dalam aksi persahabatan England di Berlin Mac lalu.

Dengan kapten Jerman Bastian Schweinsteiger beraksi di Euro 2016 selepas pulih daripada kecederaan lutut, Neuer telah memakai lilitan lengan di Euro 2016 setakat ini.

Beliau sekali lagi menunjukkan kekentalan di Lille dengan lompatan refleks hujung jari untuk mencungkil tandukan pemain tengah Slovakia Juraj Kucka dari jarak enam ela melepasi palang.