Neverland MJ dijual $100 juta

Neverland MJ dijual $100 juta

WASHINGTON, 29 Mei (AFP) – Hartanah di California yang dulunya menjadi lokasi taman hiburan raja pop Michael Jackson kini dijual pada harga $100 juta, menurut laporan daripada Wall Street Journal hari ini.

Bintang itu telah membina taman Neverland Ranch seluas 2,700 ekar di luar Santa Barbra yang juga termasuk zoo haiwan, beberapa tunggangan hiburan dan kebun mewah. Ia juga memiliki 22 buah bangunan di dalamnya, menurut akhbar tersebut.

Zoo haiwan telah dipindahkan, yang tinggal hanya Ilama, dan hartanah itu telah bertukar tangan. Kini ia digelar Sycamore Valley Ranch, Wall Street Journal melaporkan bahawa sebuah firma pelaburan telah mengubahsuai hartanah itu dan beberapa ejen estet hartanah mencari pembeli dengan harga yang ditawarkan sekitar $100 juta.

Kemudahan itu termasuk kediaman utama dengan enam bilik tidur, teater filem dan pentas.

Michael Jackson, yang dianggap oleh ramai orang merupakan artis pop terhebat sepanjang zaman, pernah menulis beberapa lagu terkenalnya di taman itu.

Taman itu juga menjadi lokasi terkenal tempat Jackson mengundang kanak-kanak untuk datang dan bermalam di sana serta tempat dia dituduh mencabul budak lelaki.

Dia tidak didapati bersalah di mahkamah namun dakwaan itu tetap menyelubungi Jackson dalam pertengahan 2000 sebelum penulis lagu dan penyanyi itu meninggal dunia pada 2009.

ARTIKEL YANG SAMA