Neville terap idea i-Valencia

Neville terap idea i-Valencia

MADRID, 16 Dis (Reuters) – Jurulatih Valencia Gary Neville (gambar) menggunakan teknologi moden untuk menerapkan ideanya kepada pemain dan pembantunya, Miguel Angel Angulo yang berkata lelaki Inggeris itu mengurus dengan batas bahasa yang lebih baik daripada yang dijangkanya.

Neville yang dikenali kerana ketangkasannya dengan analisis skrin sentuh sebagai pengulas televisyen dan sekarang menggunakan komputer di Valencia untuk menggantikan asas bahasa Sepanyol.

“Dia memberikan sebuah iPad kepada setiap pemain bagi membantu mereka mengikuti latihan dan tindakan berbeza ketika perlawanan,” Angulo memberitahu sidang akhbar.

“Dia melakukan dengan lebih baik daripada yang dijangka. Saya rasa batasan bahasa akan lebih bermasalah.

Gary mula bercakap sedikit bahasa Sepanyol dan dia meningkatkannya dengan segera.

Football Soccer - Valencia vs Olympique Lyon - Champions League Group stage - Group H, Valencia

Terdapat persefahaman yang bagus dengan pemain yang bertanya kepadanya atau saya apa yang dimahukannya.

“Ia tidak mengambil masa panjang sebelum kami boleh menunjukkan gaya bola sepak yang kami mahukan.

“Neville menghadapi kesukaran untuk mengembalikan Valencia ke dalam persaingan dan dia belum menang lagi selepas dua perlawanan.

Mereka gagal untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas tewas di tempat sendiri kepada Olympique Lyonnais dan bernasib baik seri di Eibar dalam La Liga Ahad lalu dengan jaringan lewat sendiri yang menyaksikan mereka berada di tangga kelapan dengan 21 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.

Ia seharusnya malam yang mudah hari ini apabila mereka cuba menempah tempat dalam pusingan 16 terakhir Piala Raja menentang Barakldo. Mereka mendahului 3-1 pada perlawanan pertama.

“Apa yang (Gary) lihat adalah pemain faham dengan segera apa yang dimahukannya dan perlawanan menentang Lyon dan Eibar adalah perlawanan penyesuaian,” kata Angulo.

“Barakaldo mungkin pesaing yang bagus bagi kami untuk menggunakan idea yang mahu kami tukar.

“Mereka akan menentang Getafe, juga di tempat sendiri”.