New Delhi anjur ‘hari bebas kenderaan’ pertama

New Delhi anjur ‘hari bebas kenderaan’ pertama

NEW DELHI, 22 Okt – Bandar India mengadakan ‘hari bebas kereta’ yang pertama hari ini untuk cuba memperbaiki udara New Delhi yang terkenal sangat kotor, namun para pengguna dilihat tidak mengendahkan tanda-tanda untuk mengelak dari jalan-jalan raya.

Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal menyokong inisiatif itu dengan berbasikal di sepanjang apa yang biasanya menjadi jalan paling sibuk di bandar tersebut, diiringi oleh ratusan birokrat dan peminat basikal.

“Orang ramai seharusnya meninggalkan kenderaan mereka dan menggunakan pengangkutan awam. Sejak pencemaran udara semakin meningkat di Delhi, adalah perlu untuk berlari, berbasikal yang juga bagus untuk kesihatan,” kata Kejriwal.

Sekitar 8.5 juta kenderaan berulangalik di jalan-jalan bandar, yang dianggap tidak selamat bagi kedua-duanya iaitu para pejalan kaki dan penunggang basikal.

Pihak berkuasa telah dikritik kerana gagal untuk mengekang pencemaran, di sebuah bandar yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang memiliki kualiti udara terburuk di dunia.

Inisiatif sukarelawan hari ini, berakhir lima jam, diadakan semasa cuti awam apabila kebanyakan pejabat dan sekolah-sekolah ditutup dan lalu lintas kurang menyesakkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA