New Zealand bakal bina menara condong

New Zealand bakal bina menara condong

WELLINGTON, 27 Ogos (dpa) – Penerbangan New Zealand menyatakan hari ini ia menerima kebenaran majlis untuk membina sebuah menara condong bagi memuatkan pengendali ruang udara di ibu negara Wellington.

Menara kawalan trafik udara setinggi 32 meter itu telah direka bentuk untuk kelihatan seolah-olah ia condong ke dalam angin lazim utara di bandar ini.

Reka bentuknya menarik reaksi yang berbeza daripada orang awam apabila ia diumumkan pada 31 Mac dengan beberapa mempercayai ia hanyalah gurau senda awal April.

Muka condong menara itu akan dibina pada sudut 12.5 darjah, lebih hebat daripada menara terkenal Pisa, yang condong pada sudut 10 darjah sebelum ia ditegakkan pada 1990 kerana dikhuatiri roboh.

Ketua Pegawai Pengendalian Penerbangan Pauline Lamb berkata syarikat tersebut mahu mewujudkan mercu tanda ikonik bagi Wellington, yang merupakan salah satu bandar yang paling berangin di dunia.

Pembinaan menara baru itu dijangka dimulakan pada Januari 2016.