New Zealand catat rekod suhu terpanas

New Zealand catat rekod suhu terpanas

WELLINGTON, New Zealand, 4 Julai – Buat enam bulan pertama tahun adalah permulaan tahun terpanas yang pernah direkodkan di New Zealand, menurut beberapa saintis di negara itu.

Suhu di negara Selatan Pasifik itu berada dalam kiraan 1.4 darjah Celsius di atas paras purata jangka panjang bagi tempoh enam bulan pertama tahun itu, menurut Institut Kebangsaan Kajian Air dan Atmosfera yang dibiayai kerajaan.

Itulah rekod tertinggi sejak penyimpanan rekod bermula lebih dari seabad yang lalu, dan secara ketara lebih tinggi daripada rekod sebelumnya 1.1 Celsius atas purata, yang direkodkan pada 1938 dan sekali lagi pada 1999.

Chris Brandolino, seorang saintis dari agensi kajian itu, berkata tiga perkara menjadi penyumbang terjadinya perkara tersebut: suhu laut lebih panas daripada biasa, angin panas dari arah utara, dan latar belakang pemanasan global.

Dia berkata pihak agensi menjangkakan suhu lebih panas dijangkakan berterusan bagi sekurang-kurangnya tiga bulan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA