New Zealand memilih bendera baru

New Zealand memilih bendera baru

WELLINGTON, 20 Nov (AFP) – Rakyat New Zealand mula mengundi hari ini untuk memilih bendera baru, ketika negara Selatan Pasifik itu menimbangkan mengeluarkan Union Jack Britain dari panji-panji kebangsaannya.

Para pengundi diminta memilih antara pilihan lima bendera dalam referendum pos yang akan diteruskan sehingga 11 Disember.

Rekaan yang menang kemudian akan bersaing sengit dengan bendera yang sedia ada dalam referendum kedua yang akan diadakan Mac tahun depan.

Perdana Menteri John Key telah menjadikan isu reformasi bendera sebagai projek tumpuan sejak kerajaan konservatif beliau memenangi penggal ketiga lewat tahun lalu.

Beliau melihat bendera masa ini, yang mempunyai Union Jack di bahagian sudut, sebagai ketinggalan zaman, dengan mengatakan negara perlukan standard “yang melaungkan New Zealand”

New Zealand kini mengundi bagi memilih bendera baru bagi menggantikan yang lama. – AFP
New Zealand kini mengundi bagi memilih bendera baru bagi menggantikan yang lama. – AFP

Key juga melahirkan rasa kecewa bahawa bendera yang memaparkan empat bintang merah yang merupakan Southern Cross di latar belakang biru gelap, kerap disangka bendera Australia.

Empat dari lima rekaan dalam referendum pertama memperlihatkan pakis, lambang kebangsaan tidak rasmi New Zealand.

Rekaan kelima digelar “Red Peak” yang mengandungi segi tiga berwarna merah, hitam dan biru dengan simbol berbentuk V. Itu adalah penambahan akhir selepas kempen media sosial bagi kemasukannya.

Tinjauan pendapat pada bulan lalu meramalkan rekaan yang memaparkan pakis putih dengan latar belakang merah dan biru akan memenangi referendum pertama.

Namun tinjauan berasingan mengatakan bendera sedia ada mungkin menang dalam referendum kedua pada Mac dengan kira-kira 65 peratus undi.

Menurut pengundian NZ kira-kira tiga juta kertas undi di negara itu yang mempunyai 4.5 juta penduduk.

Timbalan Perdana Menteri Bill English menggesa orang ramai memilih bendera yang mereka rasakan mewakili ‘kebanggaan New Zealand, masa lalu yang mempelopori dan masa depannya yang menarik dan bersemangat.”

ARTIKEL YANG SAMA