New Zealand sedia bantu Myanmar

New Zealand sedia bantu Myanmar

WELLINGTON, 11 Ogos – Kerajaan New Zealand akan memberikan sejumlah 500,000 dolar New Zealand (AS$328,650) untuk menyokong tindak balas pada bencana banjir teruk di Myanmar, menurut Menteri Luar Murray McCullu semalam.

“Banjir kilat dan tanah runtuh di Myanmar telah menjejaskan lebih 500,000 orang di seluruh negara tersebut dan terdapat beberapa laporan menyatakan 100 orang terkorban,” McCully berkata dalam satu kenyataan.

“Pemikiran kami bersama dengan penduduk dan kerajaan Myanmar tatkala mereka berdepan dengan bencana ini dan dana kami akan terus membantu tindak balas kemanusiaan berkenaan banjir tersebut,” katanya.

Majoriti dana akan disalurkan kepada Persekutuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah bagi menyediakan barang-barang keperluan dan kepada Program Pemakanan Sedunia bagi menyediakan bantuan makanan.

Lebih dari 50,000 dolar New Zealand (AS$32,865) akan disalurkan kepada Dana Kedutaan Kecemasan New Zealand untuk memberikan bantuan praktikal di darat. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA