New Zealand siasat pesawat Malaysia

New Zealand siasat pesawat Malaysia

AUCKLAND, 27 Dis – Satu siasatan sedang dijalankan selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang sepatutnya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur namun mengambil laluan luar biasa ke arah Melbourne.

Penerbangan MH132 meninggalkan Lapangan Terbang Auckland ke Kuala Lumpur semalam. Namun juruterbang menyedari pesawat tidak menuju ke haluan sebenar selepas beberapa minit perjalanan.

Lapan minit selepas pesawat itu berlepas jam 2.23 pagi, juruterbang menghubungi menara kawalan udara di Auckland meminta mereka melihat mengapa pesawat tidak terbang menuju ke Malaysia.

Akhbar The New Zealand Herald melaporkan, MH132 terbang menuju ke selatan menghala ke Melbourne. Juruterbang kemudian mengemudi pesawat itu menuju ke barat laut menghala ke ibu kota Malaysia.

Penumpang bagaimanapun tidak dimaklumkan berhubung insiden itu. Berita mengenai kejadian tidak diingini berkaitan MAB mungkin mencetuskan tanda tanya kepada pemilik syarikat, yang sudah dilingkari kontroversi berkaitan tragedi pesawat MH370 dan MH17.-Agensi

Logo pesawat Malaysia Airlines.
Logo pesawat Malaysia Airlines.

ARTIKEL YANG SAMA