New Zealand terlepas tiket temasya Olimpik Rio 2016

New Zealand terlepas tiket temasya Olimpik Rio 2016

WELLINGTON, 12 Julai (Reuters) – Tindakan skuad bola sepak New Zealand menyenaraikan pemain tidak layak untuk beraksi di Sukan Pasifik 2015 menyaksikan peluang buat negara itu ke temasya Olimpik Rio 2016 tertutup.

Pada perlawanan separuh akhir bagi menentukan wakil Oceania, New Zealand menyenaraikan pemain pertahanan, Deklan Wynne dianggap pemain yang tidak layak, kata Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC).

Wynne yang beraksi bersama skuad senior New Zealand dan ketika Piala Dunia Bawah 20 tahun di sini, baru-baru ini dilahirkan di Afrika Selatan. Dia beraksi ketika New Zealand mencatat kemenangan 2-0 ke atas Vanuatu di separuh akhir.

Meskipun mencatat kemenangan, Vanuatu kemudian melancarkan protes kepada Jawatankuasa Disiplin OFC terhadap New Zealand dan memberi kemenangan kepada Vanuatu dengan keputusan 3-0. Lawan Vanuatu di final nanti ialah Fiji.

“Selaras dengan Artikel 7 dalam Statut Peraturan-Peraturan Pentadbir Permohonan, skuad B-23 New Zealand dianggap tidak layak untuk mewakili New Zealand,” demikian menurut kata OFC dalam satu kenyataan.