New Zealand tingkat kebimbangan hak Nauru

New Zealand tingkat kebimbangan hak Nauru

WELLINGTON, 7 Julai (AFP) – New Zealand hari ini berjanji akan mengemukakan isu “serius” dengan Nauru mengenai tindakan keras ke atas kebebasan di negara pulau Pasifik.

Menteri Luar Murray McCully menyenaraikan keadaan di Nauru sebagai salah satu dasar utamanya pada satu perhimpunan diplomat Forum Pulau Pasifik (PIF) di Sydney pada minggu ini.

“New Zealand memandang serius laporan dari Nauru dan mesyuarat ini merupakan satu peluang untuk mengemukakan kebimbangan kami,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Pengawas antarabangsa telah mengkritik negara kecil dengan 10,000 penduduk selepas ia memperkenalkan undang-undang mengenakan hukuman penjara yang berat ke atas pembantah politik dan mengawal kemasukan ke laman Internet seperti Facebook.

ARTIKEL YANG SAMA