Newcastle ikat Liverpool 2-2

Newcastle ikat Liverpool 2-2

LIVERPOOL, 24 April – Aksi kembali Rafael Benitez ke Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam membantu Newcastle United yang bergelut zon penyingkiran hanya mampu meraih satu mata penting hasil keputusan seri 2-2 di Anfield, semalam.

Ketinggalan 2-0 berakhir babak pertama menerusi jaringan Daniel Sturridge dan Adam Lallana, kebangkitan skuad bimbingan bekas pengendali The Reds itu bermula di awal babak kedua.

Dimulakan dengan jaringan Papiss Cisse dua minit selepas babak kedua bersambung, Jack Colback melengkapkan kebangkitan Newcastle untuk mengecewakan Liverpool meraih mata penuh di laman sendiri.

Satu mata yang dikutip menyaksikan Newcastle kekal di kedudukan kedua tercorot di atas Aston Villa, namun berkongsi 30 mata bersama Sunderland yang beraksi kurang dua perlawanan.

Keputusan seri menggagalkan usaha skuad bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut termasuk ketika menundukkan musuh tetangga, Everton 4-0 sebelum ini.

Pemain Liverpool, James Milner berebut bola dengan pemain Newcastle United, Paul Dummett. - AP
Pemain Liverpool, James Milner berebut bola dengan pemain Newcastle United, Paul Dummett. – AP

Liverpool ketika ini ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu, Leicester untuk kekal di kedudukan ketujuh liga.

Benitez sebelum ini cemerlang menghadiahkan The Reds trofi Liga Juara-Juara Eropah pada 2005. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA