Newcastle kejutkan Liverpool

Newcastle kejutkan Liverpool

NEWCASTLE, 7 Dis – Martin Skrtel menjaringkan gol sendirinya yang ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris apabila pasukan yang hampir ke zon penyingkiran, Newcastle membuat kejutan menumpaskan Liverpool 2-0, awal pagi tadi.

Jaringan sendiri itu menjelma apabila Skrtel cuba menahan rembatan Georginio Wijnaldum tetapi bola terus mencecah jaring sendiri pada minit ke-69 pada aksi di St James Park.

Ini menyaksikan kekalahan pertama Liverpool di bawah pengurus baharunya, Juergen Klopp di gelanggang lawan.

Liverpool yang menang besar ke atas Southampton 6-1 pada pertengahan minggu lalu dalam aksi Piala Liga, hampir menyamakan kedudukan ketika perlawanan tinggal 10 minit namun Alberto Moreno dalam kedudukan ‘offside’.

Wijnaldum kemudian menambah derita Liverpool apabila meledak gol ketika perlawanan memasuki masa tambahan untuk melegakan skuad kendalian Steve McClaren daripada tergolong dalam zon penyingkiran. – AFP

Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri di perlawanan tersebut. - Reuters
Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri di perlawanan tersebut. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA