Newcastle mohon maaf

Newcastle mohon maaf

LONDON, 12 Mei (AFP) – Pengarah Urusan Newcastle United mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada peminat semalam selepas tersingkir dari Liga Perdana sambil berkata kelab itu “terjejas” dan “benar-benar memohon maaf”.

Kemenangan 3-0 pasukan jiran, Sunderland di laman sendiri kepada Everton semalam sudah cukup untuk menghantar Newcastle ke dalam Kejuaraan ketika jatuh bersama Norwich City dan Aston Villa.

“Malam ini kami terjejas dengan penyingkiran dari Liga Perdana. Seperti yang saya tahu setiap orang mempunyai hubungan kepada kelab bola sepak ini,” kata Pengarah Urusan, Le Charnley dalam satu kenyataan di laman sesawang kelab itu.

“Saya berterima kasih kepada semua peminat kerana sokongan dan kecintaan yang anda tunjukkan kepada kelab sepanjang musim biarpun menghadapi kekecewaan besar dan pencapaian yang hambar.

“Sokongan anda sepanjang persaingan amat luar biasa, tetapi saya mahu berterima kasih untuk sokongan luar biasa anda kepada Rafa (Benitez) dan pasukan ketika musim ini.

Pengurus Sunderland, Sam Allardyce meraikan kemenangan pasukannya menentang Everton di Stadium of Light, sekali gus menjadi penentu kepada nasib Newcastle musim depan. – AP
Pengurus Sunderland, Sam Allardyce meraikan kemenangan pasukannya menentang Everton di Stadium of Light, sekali gus menjadi penentu kepada nasib Newcastle musim depan. – AP

“Tidak ada lagi yang dimahukan daripada anda dan saya memohon maaf, kami tidak memberikan keputusan yang anda mahukan.”

Penyingkiran Newcastle, 12 bulan selepas kejayaan hari terakhir ke atas West Ham mengekalkan status Liga Perdana mereka, meletakkan masa depan pengurus Rafael Benitez dalam keraguan.

Pengurus dari Sepanyol itu membimbing pasukan gergasi Real Madrid pada awal musim sebelum dipecat Januari lalu.

Benitez mengambil alih dari Steve McClaren pada Mac, tetapi dengan klausa pelepasan yang dilaporkan dalam kontraknya, ia mungkin dicetuskan jika kelab disingkirkan.

ARTIKEL YANG SAMA