Newcastle pecat McClaren

Newcastle pecat McClaren

Newcastle United v AFC Bournemouth - Barclays Premier League

LONDON, 11 Mac (AFP) – Steve McClaren (gambar) dipecat sebagai pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United dengan ‘serta merta’, umum kelab dari Timur Laut itu, sebentar tadi.

Newcastle kini menghuni tangga kedua tercorot senarai liga dan berdepan disingkirkan pada musim depan meskipun sudah membelanjakan sebanyak STG29 juta untuk membeli pemain baharu pada perpindahan Januari lalu.

Kedudukan bekas pengurus England itu di St James Park menjadi subjek utama spekulasi untuk dipecat sepanjang beberapa hari lalu, susulan kekalahan 3-1 The Magpies di laman sendiri kepada Bournemouth pada Sabtu lalu.