Newcastle United ikat bintang PSV Eindhoven

Newcastle United ikat bintang PSV Eindhoven

LONDON, 12 Julai (Reuters) – Newcastle United sudah menyelesaikan pembelian perancang Belanda, Georginio Wijnaldum daripada kelab PSV Eindhoven, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Wijnaldum tiba di St James Park dengan kontrak selama lima tahun tanpa dinyatakan jumlah nilai perpindahan.

Namun kelab itu mendakwa, ia adalah perpindahan ketiga terbesar selepas pembelian dua penyerang England, Michael Owen dan Alan Shearer, suatu masa dulu.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah membuat 152 penampilan bersama kelab lamanya selain menjaringkan 56 gol, selepas dibeli daripada Feyenoord pada 2011 dan mengetuai pasukannya memenangi kejuaraan Liga Belanda pada tahun ini.

Georginio Wijnaldum (kiri) meraikan jaringan ketika menentang Latvia dalam aksi kelayakan Euro 2016 di stadium Skonto di Riga, Latvia 12 Jun lalu. - Reuters
Georginio Wijnaldum (kiri) meraikan jaringan ketika menentang Latvia dalam aksi kelayakan Euro 2016 di stadium Skonto di Riga, Latvia 12 Jun lalu. – Reuters

“Saya berasa gembira menjadi pemain New Castle United,” kata pemain itu menerusi lama rasmi kelab berkenaan.

“Saya fikir masanya sudah tiba untuk saya berpindah dan kelab ini menunjukkan, mereka mahukan saya dan tentunya saya gembira berada di sini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA