Newcastle United pikat Chancel Mbemba

Newcastle United pikat Chancel Mbemba

LONDON, 31 Julai (AFP) – Newcastle United sudah melengkapkan pembelian pertahanan Anderlecht, Chancel Mbemba, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam.

The Magpies bersetuju pada prinsipnya dengan kelab Belgium itu pada minggu lalu, namun Mbemba tidak dapat pindah berikutan masih menunggu pengeluaran permit kerjanya selesai.

Pemain berusia 20 tahun dari Republik Demokratik Congo itu sudah pun mendapat kelulusan daripada badan perakuan kerajaan (GBE) pada panel pendengaran Persatuan Bola Sepak England semalam.

Keputusan itu sekali gus membolehkan pemain berkenaan bakal memulakan kerjayanya bersama Newcastle sebaik permohonan visanya selesai. Mbemba adalah pemain ketiga diikat Newcastle pada pra musim ini.

“Kami gembira Chancel Mbemba kini adalah pemain Newcastle selepas proses mendapatkannya mengambil masa agak lama,” kata pembimbing Newcastle, Steve McClaren.

Newcastle bakal bertemu Southampton pada perlawanan pembukaan pasukan itu dalam musim EPL, 9 Ogos ini.