Newton bakal melanda Mexico

Newton bakal melanda Mexico

LA PAZ, Mexico, 6 Sept – Taufan Newton bergerak ke arah peranginan barat daya popular Mexico, Los Cabos semalam, mengakibatkan pihak berkuasa menutup sekolah dan lapangan terbang, dua tahun selepas ribut kencang melanda rantau itu.

Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC) memberi amaran bahawa “persiapan untuk melindungi nyawa dan harta benda seharusnya diselesaikan segera” di kawasan-kawasan semenanjung Baja California dan Newton yang akan melanda hari ini.

NHC berkata pada pukul 0000GMT Newton akan dilanda angin kencang 140 kilometer sejam ketika ia bergerak kira-kira 160 batu tenggara Cabo San Lucas.

Kerajaan negeri Baja California Sur membuka beberapa tempat perlindungan dengan ruang bagi 16,000 orang selepas ribut tropika itu menjadi taufan.

Keadaan cuaca di Cabo San Lucas, Mexico, kelmarin apabila para penduduk bersiap sedia bagi kedatangan Taufan Newton. – AP
Keadaan cuaca di Cabo San Lucas, Mexico, kelmarin apabila para penduduk bersiap sedia bagi kedatangan Taufan Newton. – AP

Kira-kira 15,000 orang pelancong berada di rantau itu, kebanyakannya di Los Cabos, menurut setiausaha pelancongan Baja California Sur, Genaro Ruiz Hernandez, yang mengumumkan bahawa semua penerbangan dibatalkan di negeri itu lewat semalam.

Pihak berkuasa juga menutup pelabuhan-pelabuhan kepada bot-bot kecil di Baja dan kawasan lain di pantai Pasifik.

Kerajaan Mexico telah mengeluarkan amaran taufan bagi pantai barat negeri Baja California Sur dan juga Cabo San Lucas di hujung selatannya, destinasi yang digemari para pelancong Amerika. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA