Neymar bakal jadi tumpuan di Rio

Neymar bakal jadi tumpuan di Rio

SAO PAULO, 18 Julai – Kali terakhir Brazil bermain di kejohanan utama di laman sendiri, Neymar terpaksa diusung keluar daripada padang dan terlepas kekalahan memalukan kepada Jerman di peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014.

Dua tahun kemudian, bintang Barcelona itu tampak bertekad untuk bangkit daripada kekecewaan itu di pentas Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro, bulan depan.

Sekali pun kejohanan bola sepak di Olimpik tidak dianggap sebesar Piala Dunia, temasya di Rio itu mempunyai makna yang besar buat penyerang itu yang muncul seorang daripada bintang utama yang memikul beban besar membawa juara dunia lima kali itu pingat emas pertama dalam bola sepak.

“Ia peluang yang unik,” kata penyerang berusia 24 tahun itu. “Bukan saja bagi saya, namun semua orang dalam pasukan.

Kami tahu betapa pentingnya pingat ini.”

Neymar memutuskan untuk bermain di pentas Olimpik berbanding Copa America, awal bulan lalu yang menyaksikan Brazil tersingkir di peringkat kumpulan. – AFP
Neymar memutuskan untuk bermain di pentas Olimpik berbanding Copa America, awal bulan lalu yang menyaksikan Brazil tersingkir di peringkat kumpulan. – AFP

Segenap mata pasti tertumpu kepada Neymar yang memutuskan untuk bermain di pentas Olimpik berban1ding Copa America, awal bulan lalu yang menyaksikan Brazil tersingkir di peringkat kumpulan.

Kekecewaan itu turut menyaksikan pemecatan jurulatih kebangsaan, Dunga.

Disebabkan Olimpik bukan kejohanan rasmi badan induk, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pemain-pemain tidak diarahkan untuk melepaskan pemain-pemain mereka namun Neymar dan Perseku-tuan Bola Sepak Brazil sudah berbincang dengan Barca untuk membenarkannya bermain di Rio.

“Saya tahu yang pingat emas ini sesuatu yang gagal dicapai Brazil sehingga kini, dan kami akan melakukan segala-galanya untuk cuba memenanginya,” kata Neymar dalam rancangan televisyen, baru-baru ini.

“Ia sesuatu yang jarang berlaku buat negara seperti Brazil, yang dianggap negara bola sepak namun masih belum memenangi pingat emas.”

Ini adalah Olimpik kedua buat Neymar yang turut beraksi di pentas sama, empat tahun lalu di London sebelum tewas kepada Mexico di final.

Selain 2012, Brazil pernah dua kali meraih tempat kedua pada 1984 dan 1988 dan memenangi pingat gangsa pada 1996 dan 2008 yang ketika itu turut menampilkan bintang seperti Ronaldinho, Marcelo dan Thiago Silva.

“Neymar adalah istimewa, satu daripada pemain terbaik dunia,” kata jurulatih Brazil, Rogerio Micale yang menggantikan Dunga sebagai jurulatih skuad Olimpik Brazil.

“Setiap pasukan boleh mendapat manfaat daripada pemain sepertinya. Dia akan memberi banyak makna kepada kami. Saya fikir dia mampu membimbing pemain muda dalam skuad.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA