Neymar bantu Brazil belasah AS

Neymar bantu Brazil belasah AS

FOXBOROUGH, 9 Sept – Superstar Barcelona Neymar menyumbat dua gol membantu Brazil membelasah Amerika Syarikat 4-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Gillette, awal pagi tadi waktu Negara Brunei Darussalam.

Keputusan tersebut menyamai dua kekalahan terburuk dialami The Yanks di bawah kendalian pengurus dari Jerman Jurgen Klinsmann.

Amerika Syarikat membuat persiapan perlawanan genting play-off Piala Konfederasi menentang Mexico bulan depan beraksi kurang meyakinkan ketika Brazil mempamerkan gerakan menarik.

Jumlah jaringan sama dialami Klinsmann ketika ditewaskan 4-1 oleh Brazil pada 2012 dan Ireland 4-1 dua tahun kemudian.

Brazil akan membuka kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Chile bulan menguasai perlawanan.

Penyerang veteran Hulk dan Rafinha menambah dua jaringan juara dunia lima kali itu sebelum pemain gantian Danny Williams merembat gol tunggal Amerika Syarikat dari jarak 30 ela di minit ke-90. – AFP

Neymar membuat sepakan penalti yang  menghasilkan gol untuk pasukannya Brazil pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Amerika Syarikat di Stadium Gillette pada 8 September 2015 di Foxborough, Massachusetts. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA