Neymar bawa Brazil ke separuh akhir

Neymar bawa Brazil ke separuh akhir

RIO DE JANEIRO, 14 Ogos – Neymar membawa Brazil ke separuh akhir Olimpik dengan jaringan pertamanya untuk mengetepikan trilogi perlawanan dendam menentang Colombia dalam tempoh tiga tahun dengan keputusan 2-0.

Bintang Barcelona itu menyudahkan sepakan bebas selepas hanya 12 minit dalam perlawanan awal pagi tadi, tetapi bernasib baik untuk tidak dilayangkan kad kuning apabila menjatuhkan Andrea Roa dan mencetuskan pergaduhan di antara kedua buah pasukan hanya sebelum separuh masa pertama berakhir.

Pasukan tuan rumah mengawal emosi mereka lebih baik selepas rehat dan Luan melengkapkan kemenangan dengan rembatan dari luar kotak penalti tujuh minit sebelum tamat.

“Ini adalah apa yang kami impikan. Ia bukanlah laluan mudah, tetapi kami mahukan pingat,” kata Luan.

Brazil akan menghadapi Honduras dalam separuh akhir Rabu ini di Rio selepas pasukan dari Amerika Tengah itu mengejutkan Korea Selatan 1-0 menerusi jaringan kemenangan Alberth Elis di Belo Horizonte.

pg21_160815_olympic logo

Aksi Neymar pada perlawanan tersebut. - AFP
Aksi Neymar pada perlawanan tersebut. – AFP

Jerman, yang menewaskan Portugal 4-0 akan berdepan Nigeria bagi persaingan separuh akhir selepas pasukan dari Afrika itu menewaskan Denmark 2-0.

Kejayaan mengekalkan pemburuan Brazil bagi pingat emas dan kemungkinan final menentang juara dunia, Jerman di Maracana pada Sabtu depan, hanya dua tahun selepas Jerman memalukan Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

Neymar tidak beraksi dalam perlawanan tersebut selepas diusung keluar dalam kesakitan kerana mengalami patah vertebra apabila Brazil menyingkirkan Colombia yang diinspirasikan James Rodriguez dari suku akhir dua tahun lalu. Perlawanan tersebut menyaksikan 54 kekasaran direkodkan.

Colombia berjaya membalas dengan menamatkan persaingan Neymar sekali lagi dalam Copa America pada tahu lepas, kali ini menerusi penggantungan. Pemain dari Brazil itu hilang sabar pada akhir perlawanan dengan kekalahan 1-0 dan menanduk Jeison Murillo yang membolehkan digantung empat perlawanan.

Merasa tenang dengan menghindarkan satu lagi penyingkiran memalukan di laman sendiri dengan kemenangan 4-0 ke atas Denmark pada Rabu lalu bagi memenangi Kumpulan A selepas keputusan seri 0-0 berturut-turut menentang Iraq dan Afrika Selatan, Brazil bermula dengan cemerlang.

“Dalam dua perlawanan pertama kami merasa ragu, tetapi selepas (menentang Denmark) kami mendapatkan gol dan pasukan merasakan lebih tenang di atas padang,” tambah Luan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA