Neymar bebas bayangan Messi

Neymar bebas bayangan Messi

MADRID, 19 Nov (AFP) – Semasa bintang Brazil Neymar bersama Barcelona selama dua tahun setengah, ada satu keadaan yang berterusan daripada pemain berusia 23 tahun itu: “Saya di sini untuk belajar daripada yang terbaik.”

‘Terbaik’ yang dia maksudkan secara konsisten adalah rakan sepasukannya dan Pemain Tahunan Terbaik Dunia empat kali, Lionel Messi.

Kedua, dia berkongsi hubungan menarik di dalam padang di samping pemain Uruguay, Luiz Suarez, yang membentuk jentera serangan paling kuat dalam dunia bola sepak.

“Untuk beraksi di samping yang terbaik adalah mudah,” kata Neymar ketika Barca melengkapkan kempen trebel mereka musim lalu.

Namun, ketika Messi direhatkan selama dua bulan kerana kecederaan ligamen lutut, Neymar membawa juara Eropah itu kepada tiga mata pendahulu dalam La Liga menjelang pertemuan besar di Real Madrid, Sabtu ini.

Neymar meraikan jaringan semasa menentang Villarreal di stadium Camp Nou pada 8 November lalu. – Reuters
Neymar meraikan jaringan semasa menentang Villarreal di stadium Camp Nou pada 8 November lalu. – Reuters

Memandangkan rentak amat menarik baru–baru ini, adakah perlu bagi Neymar untuk belajar daripada ketuanya Messi? Dan, dengan pemain itu akan kembali hujung minggu ini, adakah Neymar akan merasa gembira untuk menyerahkan kepimpinan sekali lagi kepada pemain dari Argentina itu?

Tanggapan awal dia akan merasakannya.

Ini kerana Neymar, Messi dan Suarez berkongsi hubungan kuat yang sama di luar padang seperti yang mereka lakukan untuk merobek pasukan lawan.

Laman–laman media sosial mereka dipenuhi dengan kekaguman, sementara Suarez dan Neymar begitu pantas menutup sebarang gambaran rentak mereka begitu bermakna dengan ketiadaan Messi telah dilupakan.

“Orang ramai mengingatinya kerana dia pemain terbaik dunia,” kata Suarez selepas kemenangan ke atas Getafe, baru-baru ini.

Namun, trajektori Neymar menggambarkan dia adalah satu–satunya pemain yang akan menyaingi penguasaan lapan tahun Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai pemain kedua terbaik dunia.