Neymar bintang besar di Sukan Olimpik

Neymar bintang besar di Sukan Olimpik

SAO PAULO, 15 Ogos – Mungkin sudah tiba masanya untuk meletakkan kembali nama Neymar pada jersi Brazil.

Selepas permulaan buruk yang mendorong beberapa peminat untuk menggantikan namanya dengan Marta pada jersi nombor 10, Neymar akhirnya menunjukkan betapa dia tiba di Sukan Olimpik sebagai salah satu bintang paling besar.

Neymar membawa Brazil ke separuh akhir kejohanan bola sepak Olimpik dengan prestasi cemerlang ketika kemenangan 2-0 ke atas Colombia, semalam.

Dia menjaringkan gol dan menjadi salah seorang pemain terbaik di padang, sentiasa mencipta peluang walaupun ditentang pemain Colombia hampir setiap kali menyentuh bola.

“Dia berdepan kekalahan tapi dia masih banyak membantu pasukan,” kata penyerang Brazil, Gabriel Jesus. “Semua orang tahu dia adalah pemain bintang. Dia penting bagi kami.”

Neymar ingin membuktikan kembali bahawa dialah bintang yang diperlukan dalam skuad Brazil. – AFP
Neymar ingin membuktikan kembali bahawa dialah bintang yang diperlukan dalam skuad Brazil. – AFP