Neymar boleh tentukan era bola sepak, kata Alves

Neymar boleh tentukan era bola sepak, kata Alves

BARCELONA, 1 Dis (Reuters) – Penyerang Barcelona Neymar boleh menjadi hebat seperti apa yang dia mahukan dan akan menjejaki langkah Lionel Messi dalam menentukan era bola sepak, rakan sepasukannya Dani Alves meramalkannya kelmarin.

Neymar telah mencapai pencapaian baru di Barca musim ini, yang ketiga bersama juara Sepanyol dan Eropah itu, dan telah dinamakan kelmarin bersama Messi dan penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo dalam senarai pendek bagi anugerah FIFIA Ballon d’Or 2015.

Neymar, 23, adalah penjaring terbanyak di La Liga musim ini dengan 12 gol dalam 11 permainan, dengan dua lagi gol pada lima saingan Liga Juara-juara, dan telah mempamerkan aksi yang memberangsangkan pada ketiadaan Messi selama dua bulan disebabkan kecederaan lutut.

Pasangan itu mempamerkan serangan tiga penjuru yang menggerunkan bersama rakan sepasukan Luis Suarez dan mencatat rekod Sepanyol 122 gol dalam semua pertandingan pada 2014-15 apabila Barca meraih tiga gelaran juara iaitu Liga Juara-juara, La Liga dan Piala Raja.

“Neymar punyai had yang dia mahukan,” Alves, 32, yang merujuk Neymar sebagai “adiknya”, berkata dalam satu temu bual bersama televisyen Reuters.

“Jika dia tidak mahukan had lalu dia tidak akan punyainya kerana ciri-ciri dan kuali-kualitinya adalah baik untuk ini,” tambah pemain pertahanan itu.

“Akhirnya dia di antara pemain-pemain seperti Leo, Luis, yang diiktiraf sebagai unik, yang akan menandakan satu dekan atau era dalam dunia bola sepak, seperti nama-nama besar yang lain.

“Buat musim ini, apa yang dia ingin kecapi akan dicapainya. Dan jika bersama kami, adalah lebih baik, kerana bila ia berada di pasukan kami lebih besar peluang kecemerlangan pasukan kami.”

Alves berkata kepada Reuters sebagai sebahagian hari media Barca menjelang Piala Dunia Kelab di Jepun yang akan bermula dalam jangka masa dua minggu lagi.