Neymar, Brazil mahu bangkit berdepan Iraq

Neymar, Brazil mahu bangkit berdepan Iraq

RIO DE JANEIRO, 7 Ogos – Dilabel tamak dan hilang punca kerana gagal menghadiahkan kemenangan pertama Brazil pada aksi pembukaan acara bola sepak Olimpik Rio 2016 menentang Afrika Selatan, Neymar dan rakan sepasukannya kini terdesak untuk kembali bangkit apabila bertemu Iraq, hari ini.

Keputusan seri 0-0 ketika menentang Afrika Selatan yang terpaksa beraksi 10 pemain pada 30 minit minit terakhir diselubungi dengan ejekan daripada kira-kira 70,000 penonton yang hadir di Brasilia.

Brazil pada awalnya dijangka merekodkan kemenangan pertama penuh bergaya sebagai pasukan pilihan utama untuk memenangi pingat pertama Olimpik acara bola sepak dengan kehadiran bintang Barcelona, Neymar.

Bagaimanapun, dia menerima kritikan daripada media Brazil selepas kehilangan bola sebanyak 27 kali, lebih banyak berbanding mana-mana pemain Brazil yang lain. Sikap tamat Neymar menjadi masalah kepada pasukan Olimpik, kata ESPN Brazil.

“Secara tidak langsung, Brazil melakukan semua yang bertentangan dengan apa yang mereka lakukan ketika sesi latihan (sebagai persediaan),” tambah akhbar Rio O Globo.

Aksi Neymar semasa kumpulan perlawanan kejohanan bola sepak Olimpik lelaki antara Brazil dan Afrika Selatan di Stadium Negara, di Brasilia, Brazil, Khamis lalu. – AP
Aksi Neymar semasa kumpulan perlawanan kejohanan bola sepak Olimpik lelaki antara Brazil dan Afrika Selatan di Stadium Negara, di Brasilia, Brazil, Khamis lalu. – AP

“Neymar turut hilang sentuhannya”.

Bagaimanapun, Neymar yang telah mendapat dua peluang terbaik bagi menjaringkan gol sebelum diselamatkan penjaga gol, Itumeleng Khune mempertahankan tindakannya yang bertindak lebih daripada perancang, membandingkan peanannya itu dengan pemain terbaik dunia lima kali, Lionel Messi di Barcelona. – AFP