Neymar, Costa membintangi skuad Olimpik Brazil

Neymar, Costa membintangi skuad Olimpik Brazil

RIO DE JANEIRO, 30 Jun (AFP) – Neymar dan Douglas Costa mengetuai pasukan muda skuad bola sepak Olimpik Brazil untuk bangkit dari kehinaan Copa America Centenario, jurulatih Rogerio Micale mengumumkan semalam.

Olimpik di Rio dua tahun selepas ‘bencana’ tewas 7-1 pada separuh akhir kepada Jerman, Brazil membida untuk menambah pingat emas Olimpik kepada tiga perak mereka, dua gangsa dan lima mahkota Piala Dunia.

Neymar Barcelona, Costa Bayern Munich dan penjaga gol Fernando Prass, 37, adalah antara pemain yang berumur lebih 23 tahun dalam skuad Selecao.

Bagi Prass, ia adalah panggilan pertama antarabangsa. Micale memuji ‘profil kepimpinannya’ dan ‘musim yang sangat baik’ sebagai kapten Palmeiras.

Juara Sepanyol, Barcelona membenarkan Neymar, 24, untuk beraksi semasa Sukan Olimpik tetapi bukan untuk Copa America bulan ini, di mana Brazil tersingkir pada peringkat kumpulan.

Neymar (kiri) membintangi skuad Selecao untuk Olimpik Rio 2016. – AP
Neymar (kiri) membintangi skuad Selecao untuk Olimpik Rio 2016. – AP

“Neymar berbeza. Beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Mana-mana pasukan kebangsaan mahu mempunyai pemain dengan profil sepertinya,” Micale memberitahu sidang akhbar. “Saya begitu bermakna buat pasukan. Saya harap dia dapat membantu pemain muda.”

Aib Copa America pula menjuruskan kepada pemecatan Dunga. Jurulatih Corinthians Tite dinamakan sebagai pengganti beliau, tetapi Micale akan mengetuai pasukan Olimpik sebelum Tite mengambil alih

Micale memilih pertahanan Paris Saint Germain Marquinhos dan menggugurkan rakan sepasukannya Thiago Silva. Brazil menghadapi Afrika Selatan, Iraq dan Denmark pada peringkat kumpulan Sukan Olimpik yang akan berlangsung dari 5 hingga 21 Ogos.

ARTIKEL YANG SAMA