Neymar cuti lama – Barca

Neymar cuti lama – Barca

BARCELONA, 23 Ogos – Neymar tidak akan menyertai semula Barcelona sehingga dia menyarung jersi Brazil pada aksi seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2018, kata kelab Sepanyol itu.

Ini bermakna penyerang berusia 24 tahun itu akan terlepas pertemuan La Liga menentang Athletic Bilbao Ahad ini.

Brazil akan bertemu Ecuador di Quito pada 1 September ini dan lima hari kemudian mereka akan menjadi tuan rumah kepada Colombia di Manaus.

Pada Sabtu lalu, Neymar muncul sebagai wira Brazil apabila menyumbat gol penalti kemenangan untuk mengetepikan Jerman bagi menjulang pingat emas Olimpik pertama tuan rumah itu dalam acara bola sepak lelaki.

Walaupun tanpa kehadiran bekas penyerang Santos itu, Barcelona tetap memenangi kesemua tiga perlawanan pertama musim ini. – AP

Neymar ketika menyaksikan perlawanan final bola tampar antara Brazil dan Itali di stadium Maracanazinho di Rio de Janeiro, 21 Ogos lalu. – AFP
Neymar ketika menyaksikan perlawanan final bola tampar antara Brazil dan Itali di stadium Maracanazinho di Rio de Janeiro, 21 Ogos lalu. – AFP