Neymar dapat ...

Neymar dapat hidu takdir Barcelona

BARCELONA, 16 Feb – Bintang Barcelona Brazil Neymar berkata ‘hampir mustahil’ gergasi Sepanyol itu mara dalam Liga Juara-Juara selepas tewas besar perlawanan pertama dengan bolos empat gol tanpa balas kepada Paris Saint-Germain.

Belum ada pasukan pernah bangkit dengan defisit perlawanan pertama 4-0 untuk terus kekal dalam Liga Juara-Juara dan Barcelona tidak berkhayal mengenai gunung yang perlu mereka daki bagi perlawanan kedua pertemuan 16 terakhir di Camp Nou pada 8 Mac depan.

“Sekarang kami perlu memikirkan mengenai perlawanan ulangan dan melihat apa yang boleh kami lakukan untuk menterbalikkan kedudukan ini, tetapi ia sukar, mustahil. Bagaimanapun, kami tidak boleh berputus asa,” bintang dari Brazil itu memberitahu wartawan.

Barca secara puratanya mendominasi ketika perlawanan di mana Angel Di Maria menjaringkan dua gol di samping jaringan seterusnya dari Julian Draxler dan Edison Cavani dalam perlawanan yang digelar jurulatih Barca Luis Enrique sebagai satu bencana bagi pasukan.

Neymar bagaimanapun memberikan ujian kepada PSG tetapi berkata dibelasah sedemikian dahsyat bukan sesuatu yang biasa kepada galaksi Barcelona yang dipenuhi bintang antarabangsa.

PERLI NAMPAK?...Reaksi Neymar semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang PSG di stadium Par des Princes pada 14 Februari lalu. – AFP
PERLI NAMPAK?…Reaksi Neymar semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang PSG di stadium Par des Princes pada 14 Februari lalu. – AFP

“Semua pujian untuk PSG,” katanya. “Perlawanan ini tipikal, kami tidak berada dalam sikap untuk mengetahui diri kami dalam keadaan seperti ini.

“Ia adalah sukar untuk bersedia bagi perlawanan ulangan dengan defisit empat gol. Saya tidak rasa ini akan berlaku kepada saya.”

Dia berkata Barca belum bersedia dengan baik bagi perlawanan itu dan masih terkejut dengan hukuman yang mereka terima.

“Kami tidak bagus, kami tidak melakukan tugas seperti yang kami lakukan dan kami dikejutkan dengan keputusan ini,” katanya.

Kekalahan paling teruk dalam tiga musim Enrique bermakna Barca menghadapi suku akhir buat kali pertama sejak tewas menerusi jaringan luar kepada Liverpool dalam 16 pasukan terakhir pada 2006/07. – AFP