Neymar harapan Brazil

Neymar harapan Brazil

TERESOPOLIS, Brazil, 20 Julai – Jurulatih Olimpik Brazil mengakui semalam bahawa beliau sangat bergantung kepada bintang Barcelona, Neymar untuk memberikan sandaran utamanya untuk ibu emas Olimpik di Rio yang bulan bakal diadakan pada bulan depan.

Ketua jurulatih skuad bawah 20 Brazil itu dilantik menghidupkan semula bola sepak Brazil di Rio selepas Dunga dipecat berikut kejutan Pasukan Brazil terkeluar dari pusingan pertama dari perlawanan di Copa America.

“Saya mahu masih bergantung kepada Neymar,” katanya, setelah skuad tersebut menjalani beberapa sesi latihan pertama sebelum beraksi pada Olimpik Rio nanti.

Aksi Neymar semasa menjalani latihan di Pusat Latihan Granja Comary di Brazil semalam sebelum beraksi pada perlawanan Olimpik Rio yang akan diadakan bulan depan. – AP
Aksi Neymar semasa menjalani latihan di Pusat Latihan Granja Comary di Brazil semalam sebelum beraksi pada perlawanan Olimpik Rio yang akan diadakan bulan depan. – AP

“Jurulatih mana di dunia yang tidak mahu menjadikan Neymar sebagai salah seorang ahli dalam pasukan mereka? Mereka berkata ia tidak baik untuk terlalu bergantung kepada Neymar, tetapi saya tidak bersetuju. Saya sentiasa mahu Neymar dalam pasukan saya”

Sementara itu, berlainan pula dengan Dunga yang sememangnya berbeza pendapat sama sekali dengan pendirian Micale, cuba untuk menafikan bahawa Brazil bukanlah kumpulan ‘one-man team’, iaitu tidak mengharapkan seseorang individu.

Olimpik Rio akan bermula pada 5 Ogos ini. Tite akan mengambil alih Selecao selepas Sukan Olimpik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA