Neymar julang Barca, Real belasah Levante

Neymar julang Barca, Real belasah Levante

MADRID, 18 Okt – Neymar meledak empat gol dan memberikan satu lagi umpanan dalam kemenangan Barcelona 5-2 ke atas Rayo Vallecano dalam liga Sepanyol semalam, sementara Cristiano Ronaldo mengetuai Real Madrid dengan satu jaringan dan satu bantuan dalam kemenangan 3-0 ke atas Levante.

Keputusan itu meletakkan pasukan dari Sepanyol di tangga teratas senarai dengan 18 mata dari lapan perlawanan, dengan Madrid di depan dengan perbezaan jaringan. Villarreal ketinggalan dua mata di belakang tetapi boleh merampas kembali pendahuluan apabila menghoskan pasukan tangga keempat, Celta hari ini.

Neymar menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-22 dan 32 selepas dua kali dijatuhkan dalam kawasan penalti, kemudian menambah dua lagi jaringan menerusi jarak dekat pada minit ke-69 dan 70 selepas menerima hantaran dari Luis Suarez. Pemain penyerang dari Uruguay itu menjaringkan gol kelima Barcelona dengan rembatan dari dalam kawasan penalti selepas hantaran lintang menerusi Neymar pada minit ke-77.

Javi Guerra membuka jaringan bagi pasukan pelawat di Camp Nou pada minit ke 15, dan Jozabed Sanchez menjaringkan gol kedua Rayo pada minit ke 86.

Neymar ketika meraikan kejayaannya membolosi pintu gawang pasukan Rayo Vallecano de Madrid di Stadium Camp Nou di Barcelona pada 17 Oktober 2015. - AFP
Neymar ketika meraikan kejayaannya membolosi pintu gawang pasukan Rayo Vallecano de Madrid di Stadium Camp Nou di Barcelona pada 17 Oktober 2015. – AFP

Neymar berkata ia adalah salah satu permainan terbaiknya bersama Barcelona sejak menyertai kelab Catalan itu dua tahun yang lalu.

“Saya merasa gembira kerana kemenangan dan kerana cara kami beraksi,” kata bintang dari Brazil itu, 23. “Ia bukanlah mudah untuk menentang pasukan berkualiti seperti Rayo. Kami melakukan tugasan kami dan ia adalah satu kejayaan hebat.”

Ia adalah persembahan empat jaringan pertama dari Neymar sejak kemenangan Brazil 4-0 ke atas Jepun dalam perlawanan persahabatan hanya setahun lalu.

Dia sekarang mendahului liga Sepanyol dengan lapan gol, kelebihan dua gol berbanding Ronaldo dan rakan sepasukannya dari Real Madrid, Karim Benzema.

Ronaldo memberikan umpanan kepada satu gol dan menjaringkan satu lagi gol pada minit ketiga di Santiago Bernabeu awal semalam.

Dia memberikan umpanan bagi jaringan terhadap Marcelo pada minit ke 27 dan menjaringkan gol menerusi rembatan kaki kanan dari luar kawasan penalti pada minit ke-30. pemain gantian, Jese Rodriguez menamatkan jaringan pada minit ke-81.

Barcelona, yang masih beraksi tanpa Lionel Messi dan Andreas Iniesta kerana kecederaan, kehilangan dua dari tiga perlawanan liga dan memerlukan kemenangan bagi menghindarkan kekalahan kepada Real Madrid dan Villarreal. – Agensi