Neymar kecewakan Brazil

Neymar kecewakan Brazil

RIO DE JANEIRO, 8 Ogos – Neymar sekali lagi kecewa apabila gagal membantu Brazil mencari emas pertama dalam acara bola sepak Olimpik apabila pasukannya sekadar seri buat kali kedua selepas diikat 0-0 dengan Iraq sebentar tadi.

Bintang Barcelona itu semakin kecewa dengan layanan kasar diterimanya dan taktik melengahkan masa Iraq ketika Brazil diejek di luar padang dekat Brasilia buat kali kedua dalam empat hari.

Renato Augusto terlepas peluang terbaik Brazil apabila dia menyepak tinggi ketika gawang sudah tidak dikawal dalam masa tambahan.

pg23_160809_olympic logo

Aksi Neymar (kiri) dan pemain Iraq Alaa Ali dalam kumpulan perlawanan kejohanan bola sepak Olimpik lelaki antara Brazil dan Iraq di Stadium Nasional, Brasilia, Brazil, Ahad, lalu. – AP
Aksi Neymar (kiri) dan pemain Iraq Alaa Ali dalam kumpulan perlawanan kejohanan bola sepak Olimpik lelaki antara Brazil dan Iraq di Stadium Nasional, Brasilia, Brazil, Ahad, lalu. – AP

Skuad kendalian Rogerio Micale kini berdepan pertembungan dengan pendahulu kumpulan, Denmark Khamis ini untuk memastikan mereka tidak tersingkir pada peringkat kumpulan – hanya dua tahun selepas tewas 7-1 kepada Jerman pada separuh akhir di laman sendiri.

Walau bagaimanapun, bintang Barcelona itu telah menjadi mundur, sama seperti pada perlawanan pembukaan yang buntu menentang Afrika Selatan dan Brazil diejek di padang Brasilia pada hari Ahad lalu. – AFP