Neymar kekal bersama Barca

Neymar kekal bersama Barca

BARCELONA, 30 Jun (AFP) – Bintang Brazil, Neymar akan melanjutkan kontraknya bersama Barcelona dalam beberapa hari, presiden kelab Josep Maria Bartomeu menegaskan hari ini di tengah-tengah khabar angin bahawa dia akan pergi ke pasukan yang lain.

“Dalam beberapa hari mendatang kami akan mengesahkan pembaharuan kontrak Neymar bagi lima tahun mendatang,” ujar Bartomeu.

“Peguam-peguam kelab dan peguam-peguam Neymar dalam proses mengakhiri perjanjian itu.”

Neymar, yang menyertai Barcelona pada tahun 2013 dari kelab Brazil Santos dalam satu perjanjian yang telah menghantui kesemua kebimbangan disebabkan dakwaan bayaran-bayaran tersembunyi, di bawah kontrak sehingga 2018.

Neymar dijangka akan melanjutkan kontrak bersama Barcelona untuk tempoh lima tahun lagi. – AFP
Neymar dijangka akan melanjutkan kontrak bersama Barcelona untuk tempoh lima tahun lagi. – AFP

Namun penyerang prolifik berusia 24 tahun itu juga bermain secara bijak buat kelab Catan itu sebagai salah satu daripada tiga tonggak penyerang berbisa di samping Messi dan Luis Suarez.

Bagaimanapun, spekulasi telah menggunung, sama ada penyerang itu akan melanjutkan aksinya di Barcelona atau membuat langkah lumayan untuk berpindah ke Paris Saint Germain, Real Madrid, Manchester United dan Manchester City dinamakan dalam kalangan beberapa kelab yang berminat.

“Saya membaca bahawa terdapat banyak kelab berminat akan Neymar. Ia adalah normal sebegitu, namun Neymar tidak pernah berkata dia ingin meninggalkan Barca, tetapi sebaliknya,” ujar Bartomeu.

“Neymar mahu untuk meneruskan di Barca dan Barca mahu Neymar terus bersama kami.”