Neymar, Maria akan bertemu

Neymar, Maria akan bertemu

MADRID, 1 Feb – Bintang Barcelona, Neymar dan presiden Josep Maria Bartomeu akan dipanggil minggu ini untuk memberikan bukti dalam kes suram terhadap persetujuan yang membawa pemain dari Brazil itu ke pasukan gergasi Catalan dari Santos pada 2013.

Bartomeu akan dijadualkan untuk menghadiri mahkamah kebangsaan Sepanyol hari ioni dengan Neymar menyusul pada esok hari.

Sandro Rosell, mantan Bartomeu yang juga presiden kelab ketika Neymar di tandatangani, dan ibu bapa pemain tersebut juga dipanggil untuk memberikan keterangan.

Pendakwa raya memfailkan agar tindakan dikenakan ke atas semua pihak selepas aduan penipuan dan rasuah yang dilancarkan oleh dana pelaburan Brazil, DIS, yang memegang 40 peratus dari hak sukan Neymar apabila dia beraksi di Santos.

DIS mendakwa ia menipu dari pegangan sebenarnya bagi mendapatkan kelebihan pertukaran pemain itu, 23, kerana sebahagian yuran pertukaran dirahsiakan oleh Barcelona dan Santos.

Maria Bartomeu – Reuters
Maria Bartomeu – Reuters

Persetujuan pada asalnya bernilai 57.1 juta euro ($62.1 juta) oleh Barca, 40 juta dibayar kepada syarikat N&N yang dimiliki oleh ayah pemain itu dengan Santo menerima 17.1 juta.

Bagaimana pun, pihak berkuasa kehakiman Sepanyol menganggarkan jumlah persetujuan serentak dalam jumlah pertukaran sekurang –kurangnya 83.3 juta.

Selepas pendengaran keterangan, hakim akan menentukan sama ada kes itu akan diteruskan dan dakwaan akan difailkan.

Bagaimana pun, ia adalah salah satu dari beberapa perbalahan perundangan yang dihadapi kelab itu, yang reputasinya terjejas dengan beberapa skandal luar padang sejak kebelakangan biarpun mereka meneruskan kejayaan di atas padang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA