Neymar masih kekalkan gaya permainan

Neymar masih kekalkan gaya permainan

BARCELONA, 14 Okt – Penyerang Brazil, Neymar berikrar akan terus menampilkan gaya menggelecek dan muslihat walaupun ia akan menjadikannya sasaran terjahan kasar.

Neymar mengalami luka akibat kecederaan di kening apabila dia disiku pada bahagian muka ketika kemenangan 5-0 pada kelayakan Piala Dunia mengatasi Bolivia minggu lalu.

Ketika sebahagian pengkritik mengatakan gaya pemain itu provokatif, penyerang Barcelona berusia 24 tahun itu tidak kisah mengenai gaya permainannya.

“Saya tidak akan berubah. Lawan tahu apabila saya berada di padang saya bermain dengan gaya sendiri dan permainan saya seperti itu, menggelecek, menjaringkan gol dan mencipta peluang buat rakan sepasukan. Saya gembira bermain seperti itu,” katanya.

Gambar fail 6 Oktober 2016 menunjukkan Neymar (kanan)bersaing dengan pemain Bolivia, Ronal Raldes ketika perlawanan kelayakan mereka di Brazil. Neymar berikrar akan terus menampilkan gaya menggelecek dan muslihat walaupun ia akan menjadikannya sasaran terjahan kasar. – AFP
Gambar fail 6 Oktober 2016 menunjukkan Neymar (kanan)bersaing dengan pemain Bolivia, Ronal Raldes ketika perlawanan kelayakan mereka di Brazil. Neymar berikrar akan terus menampilkan gaya menggelecek dan muslihat walaupun ia akan menjadikannya sasaran terjahan kasar. – AFP

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique juga menolak kritikan berkenaan. “Dia bermain seperti itu tidak kira sama ada lawan suka ataupun tidak,” kata jurulatih itu bulan lalu.

Juara Sepanyol itu kini di kedudukan keempat La Liga selepas kekalahan 4-3 di tangan Celta Vigo dua minggu lalu dan akan mengharungi pertembungan besar dalam Liga Juara-Juara berdepan skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City awal pagi Khamis depan.

Enrique akan bergantung kepada Neymar ketika berkunjung ke Deportivo La Coruna esok dengan Lionel Messi akan diletakkan di bangku simpanan manakala Luis Suarez cedera. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA