Neymar menang...

Neymar menangis

BARCELONA 20, April – Kegagalan Barcelona melangkah ke saingan separuh akhir Liga Juara-juara memberi kesan mendalam kepada Neymar apabila penyerang itu dilihat meninggalkan padang dengan tangisan selepas pasukannya tewas kepada Juventus dalam aksi suku akhir kedua, awal pagi tadi.

Pada perlawanan tersebut kedua-dua pasukan menamatkan saingan di Camp Nou tanpa sebarang gol 0-0 sekali gus memberikan kemenangan ke atas Juventus dengan agregat 3-0.

Malah pada perlawanan tersebut juga Barcelona tidak berupaya mengulangi kebangkitan seperti dipamerkan ketika melawan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi 16 terakhir dengan kemenangan dramatik 6-1 di laman sendiri.

Bos Juventus, Massimiliano Allegri berkata, pasukannya telah mempamerkan aksi luar biasa pada perlawanan tersebut kerana mampu menyekat tuan rumah daripada meraih sebarang jaringan.

“Kejayaan kami tidak melepaskan sebarang gol dalam dua perlawanan melawan Barcelona membuktikan semuanya adalah berkaitan mengenai taktikal pasukan.

Neymar (tengah) tidak dapat menahan tangisan selepas Barcelona tewas kepada Juventus dalam perlawanan kedua suku akhir, kelmarin. – AP
Neymar (tengah) tidak dapat menahan tangisan selepas Barcelona tewas kepada Juventus dalam perlawanan kedua suku akhir, kelmarin. – AP

“Mereka memiliki banyak peluang di Turin berbanding malam ini dan bagi saya pasukan bertahan dengan amat baik,” kata Allegri.

Trio penyerang berbahaya Barcelona, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar gagal membantu pasukan mereka meraih jaringan sekali gus membenarkan kelab Itali itu membalas dendam atas kekalahan dalam aksi final Liga Juara-juara 2015.

Selepas ini Juventus akan menyertai juara bertahan Real Madrid, Atletico Madrid dan Monaco dalam undian separuh akhir yang di jadual esok.

“Kami sudah cuba dengan kekuatan yang ada, tetapi kami gagal menjaringkan gol.

Dalam aksi Liga Juara-juara musim ini Juve masih lagi mengekalkan status lapan aksi tanpa bolos dalam 10 saingan yang telah berlangsung. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA