Neymar oh Neymar

Neymar oh Neymar

RIO DE JANEIRO, 5 Ogos – Brazil dan bintang sensasi, Neymar diejek selepas usaha mereka untuk memburu pingat emas Olimpik dalam acara bola sepak bermula hambar apabila sekadar seri 0-0 dengan Afrika Selatan yang beraksi dengan 10 pemain, semalam.

Bintang Barcelona, Neymar adalah nama besar yang beraksi pada temasya berprestij itu dan diberi tanggungjawab untuk mengembalikan maruah bola sepak Brazil selepas tewas 1-7 di tangan Jerman dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di laman sendiri.

Bagaimanapun, dia tampil dengan prestasi mengecewakan dalam perlawanan yang berlangsung di Brasilia apabila Afrika Selatan berjaya mengekang asakan tuan rumah biarpun Mothobi Mvala dilayangkan kad merah selepas setengah perlawanan bermula.

“Bagi kami, seri bermakna kalah. Semua pemain masuk padang untuk menang. Kami sedar tanggungjawab kami dan kami tahu ia bukan mudah,” kata Neymar.

Saingan Kumpulan A kini menyaksikan semua pasukan mengumpul satu mata selepas Iraq dan Denmark turut menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.

Neymar diejek penyokong sendiri selepas hanya seri dengan Afrika Selatan dalam aksi pembukaan Olimpik Kumpulan A di Stadium Garrincha, Brasilia kelmarin. – AP
Neymar diejek penyokong sendiri selepas hanya seri dengan Afrika Selatan dalam aksi pembukaan Olimpik Kumpulan A di Stadium Garrincha, Brasilia kelmarin. – AP

Berbeza dengan stadium hampir kosong di enam bandar yang digunakan untuk menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak lelaki dan wanita untuk dua hari pembukaan, tuan rumah kali ini berjaya menarik hampir 70,000 orang.

Bagaimanapun, pasukan Brazil yang bermegah dengan Neymar, pemain baru Manchester City Gabreil Jesus bernilai 27 juta pound ($35.4 juta) dan Marquinhos Paris Saint-Germain tidak memberikan kemenangan yang dijangka.

Pemain Afrika Selatan Lebo Mothiba mempunyai banyak peluang untuk memberikan kejutan tetapi gagal merobek pertahanan Brazil yang cemas pada awal permainan.

“Perlawanan pertama sentiasa paling sukar kerana kebimbangan permulaan pertandingan itu,” kata Neymar. “Saya rasa kebimbangan mencederakan kami sedikit.”

Neymar dengan lilitan kapten mempunyai dua peluang terbaik untuk meletakkan Brazil di depan pada babak pertama penjaga gol Afrika Selatan Itumeleng Khune bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA