Neymar pimpin kebangkitan Brazil

Neymar pimpin kebangkitan Brazil

RIO DE JANEIRO, 9 Jun (AFP) – Brazil berazam untuk menguburkan memori kempen trauma Piala Dunia tahun lepas ketika mereka bersedia untuk merampas kembali mahkota raja bola sepak Amerika Selatan dalam Copa America.

Cabaran Brazil pada Piala Dunia di laman sendiri terjejas dalam kekalahan 7-1 separuh akhir kepada juara Jerman dalam keputusan yang dibandingkan kepada kekalahan kepada Uruguay dalam kemuncak perlawanan pada tahun 1950.

Kekalahan 3-0 kepada Belanda dalam play-off di tangga ketiga hanya menambah rasa tidak senang seluruh Brazil ketika negara bola sepak paling berjaya di dunia itu tersingkir lebih awal.

Tetapi sudah hampir setahun dan Brazil menuju Copa America di Chile dengan keyakinan baru selepas sembilan kemenangan sejak Piala Dunia dengan bimbingan bekas kapten pasukan Dunga.

Lionel Messi

Kejayaan Brazil meraih kemenangan aksi persahabatan ke atas Colombia, Chile, Argentina dan Perancis, dengan Mexico menjadi mangsa terbaru dalam kemenangan 2-0 di Sao Paulo Ahad lalu.

Dunga, yang melatih Brazil dalam kemenangan terakhir Copa America pada 2007, percaya pemainnya yang terdiri daripada bintang penyerang Neymar adalah salah satu kunci untuk kebangkitan Selecao.

Salah satu tindakan pertama Dunga tahun lepas adalah menyerahkan lilitan lengan kapten kepada penyerang Barcelona itu dan pemain berusia 23 tahun itu berkembang dengan tanggungjawab yang bertambah.