Neymar sambung kontrak Barca

Neymar sambung kontrak Barca

MADRID, 18 Okt – Neymar (gambar) akan menandatangani sambungan kontrak tiga tahun bersama Barcelona Jumaat ini, sekali gus mengekalkan penyerang Brazil itu sehingga tahun 2021.

Barcelona dan Neymar membuat pengumuman mengenai perjanjian itu pada Julai lalu.

Kontrak sebelum ini berakhir pada 2018 dan perjanjian baharu yang menyusul itu akan tamat pada Jun 2021, kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Pengumuman kelab berkenaan pada Julai menamatkan spekulasi bahawa Neymar tidak gembira di Sepanyol dan dikatakan mahu berhijrah ke kelab lain.

Paris Saint-Germain (PSG) adalah antara kelab yang dilaporkan cuba menandatanganinya.

Pada ketika itu, kelab berkenaan berkata klausa pembelian semula ditetapkan pada 200 juta euro pada tahun pertama kontrak baharu, diikuti 222 juta euro untuk tahun kedua dan 250 juta euro untuk tiga tahun terakhir.

Klausa pembelian itu menyamai kontrak buat Lionel Messi. Neymar, 24, bersama Barcelona sejak berhijrah dari kelab Brazil, Santos pada 2013. Dia sudah menjaringkan 90 gol dalam 149 perlawanan, termasuk lima gol dalam lapan perlawanan musim ini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA