‘Neymar’ sertai Liga Ireland

‘Neymar’ sertai Liga Ireland

LONDON, 28 Ogos – Seorang pemain yang memiliki wajah mirip bintang Brazil, Neymar, mencuri perhatian selepas mengikat perjanjian untuk menyertai kelab Limerick.

Mengikut media British, sekali imbas, kelab Liga Ireland itu kelihatannya membuat kejutan luar biasa apabila berjaya mendapatkan bintang Barcelona itu, tatkala Manchester United turut memburunya ketika ini.

Namun selepas diamati dengan teliti, penyerang Brazil itu bukanlah yang berpindah ke dari saingan La Liga ke Liga Ireland.

Sebaliknya, ia adalah pemain berusia 16 tahun dan dikenali sebagai Barry Cotter, yang memiliki wajah seiras dengan bintang Barcelona itu.

PELANDUK DUA SERUPA…Barry Cotter (kanan) yang memiliki wajah mirip Neymar (kiri), mencuri perhatian selepas mengikat perjanjian untuk menyertai kelab Limerick. – Agensi
PELANDUK DUA SERUPA…Barry Cotter (kanan) yang memiliki wajah mirip Neymar (kiri), mencuri perhatian selepas mengikat perjanjian untuk menyertai kelab Limerick. – Agensi

Tatkala Neymar beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, bekas pemain Avenue United dan Ennis Town, Cotter selaku penyerang, bermain dalam Liga Nasional Bawah 17 Tahun, sebelum menyertai Limerick.

Berkongsi perasaan dengan fenomena itu menerusi laman web kelabnya, Cotter berkata: “Saya berharap dapat menjaringkan satu atau dua gol pada setiap perlawanan sepanjang musim ini.” – Agensi