Neymar sertai Man United

Neymar sertai Man United

LONDON, 26 Ogos (Agensi) – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona menolak spekulasi mengaitkan bintangnya, Neymar dengan perpindahan rekod dunia ke Manchester United dan akan menawarkan kontrak lanjutan.

Sumber daripada Sky difahamkan Man United sedang merangka struktur gaji dan yuran perpindahan untuk mendapatkan Neymar namun pemain berusia 23 tahun dikatakan tidak akan dijual.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menarikan sebarang cakap-cakap mengenai pemain kelahiran Brazil itu dan berkata kelab Catalan itu berhasrat untuk menganugerahkannya kontrak jangka panjang baharu.

“Semua itu khabar angin dan apa yang orang tulis namun tiada apa-apa sebenarnya,” kata Bartomeu kepada radio stesyen radio Catalan, Catalunya Radio.

“Neymar gembira di Barca. Kami langsung tidak mahu Neymar berpindah. Dia adalah pemain muda dan jangkaan terhadapnya dalam bola sepak dunia lebih daripada biasa. Dia banyak membantu dalam kejayaan kami sebelum ini.

Neymar dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. – Reuters
Neymar dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. – Reuters

“Dalam tempoh beberapa bulan lagi, kami akan membuat perbincangan bagi melanjutkan kontraknya kerana ketika ini dia hanya memiliki baki kontrak selama tiga tahun. Kami mahu dia kekal untuk tempoh yang lama, tiga, lima, 10 atau lebih,” kata Bartomeu.

Ejen Neymar, Wagner Ribeiro juga turut menafikan akan ada perpindahan bertaraf mega sebelum minggu ini berakhir. Jendela perpindahan musim panas akan berakhir 1 September ini.

“Tiada apa-apa. Dia masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya,” kata Ribeiro kepada akhbar Brazil, GloboEsporte.

“Akhbar British amat-amat spekulatif. Barcelona tidak pernah berfikir untuk menjual Neymar dan dia amat gembira dia berada di sana.”

Neymar menikmati kempen menakjubkan bersama Barca pada 2014/15 dengan menjaringkan 29 gol ketika kelab gergasi itu menjuarai tiga gelaran musim lalu.