Neymar terajui skuad Brazil saingi Argentina, Peru

Neymar terajui skuad Brazil saingi Argentina, Peru

RIO DE JANEIRO, 23 Okt (dpa) – Neymar menerajui jadual Brazil bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Brazil bula depan menentang Argentina dan peru, Konfederasi Bola Sepak Brazil mengumumlam semalam.

Penyerang bintang Barcelona itu sudah pun menyelesaikan pengharaman permainan empat bulan selepas memarahi pengadil pada Julai ketika perlawanan kedua Brazil di Copa America. Dia menjalani hukuman itu pada dua perlawanan di kejohanan tersebut, dan dua lagi awal bulan ini, dalam pusingan pertama kelayakan Amerika Selatan ke arah Piala dunia Rusia 2018.

Tanpa Neymar, Brazil kelihatan terpaksa berhempas pulas: mereka tersingkir pada suku akhir Copa America dan kalah 2-0 di Chile dalam kelayakan pertama mereka sebelum menumpaskan Venezuela 3-1.

Neymar. – Reuters
Neymar. – Reuters

Pada 13 November, Brazil bersedia bermain dalam perlawanan besar menentang musuh ketat mereka, Argentina, yang turut berhepas pulas serta masih kekal tanpa bintang mereka yang cedera Lionel Messi dan Sergio Aguero. Empat hari kemudian, mereka akan bermain menentang Peru di Salvador.

Turut terdapat dalam senarai jurulatih Carlos Dunga ialah pemain veteran Kaka, yang kini bermain di Amerika Syarikat.

Kaka dipanggil bagi permulaan kelayakan di saat-saat akhir, ekoran kecederaan dialami oleh Philippe Coutinho. Coutinho tiada dalam senarai pasukan kebangsaan.

ARTIKEL YANG SAMA