Neymar wira Brazil

Neymar wira Brazil

MANAUS, Brazil, 7 Sept – Penyerang sensasi Neymar menjaringkan gol kemenangan apabila pasukan Brazil menewaskan Colombia 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, hari ini.

Bintang sensasi Barcelona itu meledak gol pada minit ke-74 perlawanan yang berlangsung di Manaus Arena Amazonia.

Ia adalah kemenangan manis buat Neymar yang diselubungi kenangan pahit pada pertemuan-pertemuan dengan Colombia sebelum ini.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan ketika menentang Colombia pada kempen Piala Dunia 2014 di mana Brazil turun sebagai tuan rumah. Setahun kemudian, Neymar dilayangkan kad merah ketika bertemu lawan sama dalam saingan Copa America di Chile sekali gus digantung empat perlawanan.

Neymar meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya Dani Alves dalam perlawanan tersebut. – AFP
Neymar meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya Dani Alves dalam perlawanan tersebut. – AFP

Brazil terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi tonggak pertahanan Inter Milan, Miranda yang meledak gol antarabangsa pertamanya.

Namun Colombia bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marquinhos sembilan minit sebelum tamat babak pertama permainan.

Kemenangan itu menyaksikan Brazil melonjak ke tangga kedua carta, mengatasi Argentina menerusi perbezaan jaringan dalam saingan kelayakan zon Amerika Selatan.

Juara Piala Dunia lima kali itu kini mengumpul 15 mata daripada lapan perlawanan, satu mata ketinggalan di belakang pendahulu, Uruguay yang menewaskan Paraguay 4-0. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA